1 Jun 2017 - 15:19
Beijing Bantah Penempatan Sistem THAAD Milik A.S Di Korea Selatan

China sekali lagi telah menyatakan bantahan mereka ke atas penempatan sistem peluru berpandu Amerika Syarikat di Korea Selatan sekaligus memanggil Seoul untuk meninggalkan sistem kontroversi yang dikenali sebagai THAAD itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - China sekali lagi telah menyatakan bantahan mereka ke atas penempatan sistem peluru berpandu Amerika Syarikat di Korea Selatan sekaligus memanggil Seoul untuk meninggalkan sistem kontroversi yang dikenali sebagai THAAD itu.

Jurucakap Kementerian Luar Republik Rakyat China, Hua Chunying membuat kenyataan tersebut di dalam sebuah sidang akhbar yang berlangsung pada hari Khamis di Beijing.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat pula berkata bahawa satu-satunya objektif penempatan sistem yang dibina untuk memintas peluru balistik jarak pendek dan sederhana di fasa terakhir penerbangan mereka adalah untuk menjaga keselamatan Korea Selatan daripada ancaman Korea Utara.

Walau bagaimanapun, media tempatan China yang menukilkan kenyataan jurucakap kementerian luar negara itu berkata bahawa penempatan sistem tersebut menganggu kepentingan keselamatan China dan dalam masa yang sama merosakkan keseimbangan strategik serantau.

Kenyataan itu turut menunjukkan kebimbangan Beijing berkaitan laporan terkini tentang rancangan A.S untuk menambah jumlah sistem yang telah dipasang di Korea Selatan. Setakat ini, sebanyak dua sistem THAAD telahpun ditempatkan di Korea Selatan.

China dan Rusia adalah antara negara yang membantah keras penempatan senjata tersebut yang dilihat mereka sebagai sebuah faktor yang menganggu kestabilan di rantai itu. -ABNA24 


/315